Oct 25, 2018

Tesla dan Elon Musk Yang Kontroversi

Tesla untuk pertama kali mencatat keuntungan selepas 10 tahun berturut2 mengalami kerugian.
Smlm, tesla telah mengumumkan USD311.5 juta keuntungan atau USD1.75 sesaham berbanding kerugian USD619 juta tahun sebelumnya. Saham Tesla naik 9.14% smlm kerana berita yang mengejut (earning surprise, beating analyst expectation).
Image may contain: text

No automatic alt text available.
Elon Musk mmg seorang yg kontroversi. Dalam taklimat bersama penganalisis Q1 2018, dalam sessi soal jawab, apabila seorang analyst Sanford C. Bernstein & Co, Antonio Sacconaghi bertanyakan tentang future capital requirement . Dengan selambanya dia jawab, "Excuse me. Next. Boring bonehead questions are not cool."

Image may contain: 1 person, closeup
RBC Capital Markets analyst, Joseph Spak bertanyakan tentang berapa banyak tempahan model 3 tesla, sekali lagi Elon Musk hentam, "These questions are so dry. They’re killing me."
Elon Musk juga membuat kenyataan kontroversi yang dia akan delisted kan Tesla (take it private) dan perbincangan utk perkara itu dibuat dengan Sovereign Wealth Fund dari Arab Saudi pada harga USD420. Akibatnya, SEC menuduh Elon Musk melakukan securities fraud kerana perkara ini tidak jadi seolah2 inducing pelabur utk membli saham tesla. Akibatnya, beliau telah meletak jawatan chairman tesla dan membayar USD20 juta kerana perkara ini.
Ditambah pula, dia menghisap ganja ketika dalam live interview di mana ia dianggap sebagai suatu contoh yang bermoral Top executive berbuat demikian.
Sekarang ini, Lembaga pengarah berada dalam dilema samada mereka boleh mewakili kepentingan pemegang saham untuk mengawal Iconic CEO seperti Elon Musk.
Elon Musk adalah jenis CEO yang tak berapa nak kisah performance of the company. Dia hanya follow his passion, space-x, tesla etc.
Sama seperti Steve Job, yang dipecat dari Apple suatu ketika dahulu sebab tak memenuhi aspirasi pemegang saham.
Jack Ma pernah sebut, keutamaan dia ketika memimpin Ali Baba, yang pertama adalah Pelanggan Alibaba, kedua Pekerja Alibaba dan yang ketiga barulah Pemegang Saham. Menurut Jack Ma, kalau pelanggan happy, pekerja happy, eventually it will deliver value to shareholder.
Pasaran Modal (capital market) yang mewakili golongan kapitalis yg kadang2 hanya melihat dari kaca mata, what's in for me attitude, eventually will talk about profit and dividend. Akibatnya, it will hinder entrepreneurship spirit and innovation of the business.
Sebab itu, tekanan pelabur terhadap Elon Musk, dia tak amik pusing, selamba je dia belasah analyst dan selama 10 tahun berturut2 Tesla langsung tidak menjana sebarang keuntungan.. Bayangkanlah kalau bukan kerana steve job passion utk mencipta Iphone, sudah tentu landscape industri masih dengan Nokia.